Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Liga Super: PKNS FC...

KUALA LUMPUR – Pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) merakamkan keputusan seri buat...

Mat Sabu Ingatkan Pakatan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan Pakatan Harapan bahawa ramai ahli...

Nelayan Rugi RM80,000, Bot...

MELAKA - Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan...

Polis Trafik Keluarkan 161...

KOTA KINABALU - Polis trafik di sini mengeluarkan 161 saman atas pelbagai kesalahan...

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet 2016 dalam usaha meringankan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui peruntukan itu, TEKUN akan menyediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk usahawan masyarakat India.

“Selain itu RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk bantuan usahawan kecil India,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

B40 adalah golongan yang berpendapatan bulanan purata sebanyak RM2,537.

Najib berkata kerajaan juga menyediakan tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada Amanah Ikhtiar bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Kemahiran Swasta.

Katanya tambahan RM90 juta juga diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil kaum Cina sebagai pinjaman mikro kredit, termasuk RM50 juta untuk Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi).


“Seterusnya RM40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi membayaran premium tanah dan membaik pulih rumah,” katanya.

Selain itu, katanya RM50 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan selain RM100 juta kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40.

Najib berkata atas keprihatinan kerajaan terhadap kemajuan dan kebajikan Orang Asli, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi pelaksanaan Perkampungan Bersepadu, bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah dan Projek Pembangunana Ekonomi Orang Asli.

Sementara itu, katanya kerajaan juga akan memperluaskan program eRezeki dan eUshawan untuk golongan B40 ke seluruh negara untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka.

“Kerajaan menyasarkan 100,000 daripada kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, yang disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori