Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Seekor Katak Yang...

SEORANG lelaki telah melakukan satu eksperimen yang memerlukannya menguji kebolehan katak mengawal suhu...

2 Lelaki Ditahan Tipu...

DUA lelaki tempatan ditahan di sini hari ini berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan...

Najib Fail Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan...

849 Kemalangan, 36 Kematian...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 849 kes kemalangan dengan 36 kematian dicatatkan di Lebuhraya...

Kerajaan Pertingkat Operasi Bantu Mangsa Banjir – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertingkat usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi.

Beliau juga telah meminta Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara untuk mempertingkat operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.

NajibBanjir_2

“Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

MENARIK  – Lebih 90,000 Mangsa Banjir Di Lima Negeri Dipindahkan

Menurut Najib, beliau dimaklumkan antara punca utama usaha memindahkan mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agar sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang berbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

“Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan.


“Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan,” katanya.

Video Najib Lawat Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan

http://youtu.be/VtqRVwL2CCg

Bagaimanapun, beliau yakin pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus memberikan bantuan terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

“Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini,” katanya. -  MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori