Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Diperintah Bela...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini meminda keputusan Mahkamah Tinggi yang...

Perak Tak Cuti Keputeraan...

IPOH – Desas-desus kononnya Perak akan sekali lagi menyambut Hari Keputeraan Sultan yang...

Anggota URB Patah Kaki,...

KEPALA BATAS - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki dan...

KP Imigresen Nafi Berita...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen tidak pernah membuat sebarang cadangan atau syor untuk memberi...

Kerajaan Perlis Perlu Jalin Hubungan Baik Dengan Pusat

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjalinkan hubungan kerja yang baik, mesra dan erat dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negeri.

Titah baginda biarpun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu Perlis telah menjadi kerajaan pembangkang, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kerajaan negeri tidak berusaha meneruskan agenda pembangunan di negeri itu.

“Walaupun wujud perbezaan ideologi politik, beta yakin tentu ada titik persamaan dalam soal agenda pembangunan demi faedah rakyat,” titah baginda pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-75, hari ini.

Seramai 34 penerima dikurniakan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis bagi tahun ini dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Arau di sini.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Selain itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut menyeru barisan kepimpinan yang baharu dilantik mengemudi kerajaan negeri agar memikul amanah diberikan rakyat pada PRU14 lepas sebaik mungkin dengan penuh dedikasi, jujur, bertanggungjawab dan berintegriti.

“Patuhilah segala undang-undang dan peraturan yang sedia ada demi menjaga agama, rakyat dan nama baik negeri,” titah baginda.

Bagaimanapun, baginda menzahirkan rasa sukacita dengan perancangan pembangunan jangka panjang yang sudah disusun untuk memakmurkan negeri itu dengan sebahagiannya telah mula dilaksanakan.


“Usaha lebih giat lagi harus dibuat dan lebih banyak lagi inisiatif perlu dilakukan. Segerakan pelaksanaan rancangan membina infrastruktur asas untuk menjadikan Perlis lebih menarik bagi pelabur-pelabur,” katanya.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah pada masa masa juga kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri perlu ditingkatkan dengan ruang pembaziran sumber perlu dikekang serta diatasi manakala salah guna kuasa dan ketirisan sumber pula hendaklah dielakkan serta dibasmi sepenuhnya.

Dalam pada itu, baginda menyeru penjawat awam di negeri itu agar menjalankan tugas mereka dengan profesional dan berintegriti berikutan rakyat akan memandang serong sesuatu organisasi awam walaupun yang tidak berintegriti itu hanya segelintir.

“Oleh itu, laksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah. Jangan sampai kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Penjawat awam hendaklah tanpa takut memainkan peranan memberikan maklumat, pandangan dan nasihat yang sewajarnya supaya keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri adalah betul dan terbaik,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam termasuk anggota keselamatan, polis dan tentera serta individu yang telah bekerja keras memberikan khidmat bakti kepada kerajaan negeri.

“Kepada rakyat negeri Perlis, beta amat terhutang budi dan berterima kasih atas sokongan padu dan setia berdiri teguh bersama beta semasa kemelut mengenai pelantikan Menteri Besar Perlis selepas PRU14 lalu. Sesungguhnya, sokongan padu sekalian rakyat memberi kekuatan kepada beta untuk terus memerintah negeri ini,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori