Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Musa Pemimpin Yang Boleh...

KOTA MARUDU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman adalah pemimpin yang...

500 Hadir Sambutan Hari...

KUALA KANGSAR - Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai...

Kereta Polis & Van...

BATU PAHAT - Tujuh anggota polis, empat suspek pertuduhan mahkamah serta dua saksi...

Wujudkan Bank Perumahan Bantu...

Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan mencadangkan agar Bank Perumahan diwujudkan oleh kerajaan...

Kerajaan Perkasa Sistem Amaran Awal Cuaca

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang melaksanakan projek untuk memperkasakan sistem amaran awal cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Madius Tangau berkata, langkah itu bagi memantapkan kesiapsiagaan negara menghadapi cuaca ekstrem di Malaysia.

“Apabila siap sepenuhnya pada tahun 2017, projek ini akan memanjangkan tempoh tinjauan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan meningkatkan resolusi model cuaca kepada 1 kilometer berbanding 4 kilometer sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Madius dalam pada itu berkata, kebanyakan model-model iklim menjangkakan fenomena La Nina lemah dengan kebarangkalian antara 45 hingga 55 peratus akan berlaku mulai Oktober 2016 dan dijangka berakhir pada suku pertama 2017.

Bagaimanapun, kataya, kelaziman La Nina lemah tidak memberi kesan yang signifikan kepada cuaca di Malaysia.


Jelasnya, taburan hujan dijangkakan dalam julat purata bagi pantai timur Semenanjung ialah antara 600mm hingga 700mm bagi bulan November dan Disember dan di Daerah Kuching dan Samarahan, Sarawak pada bulan Januari yang boleh mendatangkan banjir.

Beliau seterusnya mengharapkan kerjasama rapat antara agensi pengurusan bencana, badan berkanun dan swasta, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu mengurangkan kesan risiko bencana berkaitan cuaca ekstrem. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori