Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skuad Olahraga Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara...

Pergelangan Bayi 15 Bulan...

LAGI kes ibu bapa cuai berlaku sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan anak mereka...

APMM Menerima 4 Jet...

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima empat jet ski...

Negara Islam Tak Terbentuk...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara Islam...

Kerajaan Perhebat Salur Maklumat Bantuan Untuk Rakyat

TUMPAT- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta pertubuhan sukarela dan agensi kerajaan supaya memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat mengenai bantuan kerajaan pusat yang disediakan kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata hebahan mengenai bantuan itu perlu diperhebatkan kerana kerajaan bimbang terdapat mereka yang berkelayakan terutamanya penduduk luar bandar tercicir daripada menerimanya.

Katanya, kementerian itu menyediakan 10 jenis bantuan kebajikan di bawah Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Am Negeri.

“Kita khuatir ramai yang berkelayakan untuk mendapat bantuan tetapi tidak dapat menikmatinya kerana maklumat tidak sampai kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Katanya bagi mencapai matlamat itu program SATU yang dilancarkan Julai lepas, diadakan di Pengkalan Kubor hari ini bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat berhubung terus dengan pihak kementerian.

“Hari ini saya telah membawa semua pegawai yang mewakili agensi masing-masing turun ke Pengkalan Kubor untuk terus mendekati golongan sasar,” katanya.


Beliau berkata program SATU yang juga merupakan platform masyarakat mendapatkan penjelasan mengenai bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diteruskan ke semua negeri.

Rohani berkata bagi 2014, Kelantan mempunyai 39,898 bilangan penerima bantuan berjumlah RM46.3 juta dan ia adalah negeri ketiga tertinggi di negara ini menerima bantuan kerajaan.

“Kita juga menyalurkan bantuan kepada warga tua membabitkan 8,150 kes dan 2,118 pesakit terlantar di Kelantan,” katanya.

Terdahulu beliau sempat melawat tiga pelanggan program ‘Home Help’ di Kampung Julok, Kampung Kebun dan Kampung Ketil di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori