Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penjualan Harta Negara

1. Seawal bulan November 2018, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah menzahirkan kebimbangan...

Nasihatkan Penduduk Jangan Bela...

SUSULAN permasalahan kucing liar di kawasan kondominium Glenview Villa berhampiran Kampung Baru Cheras...

MUDA Akan Jadi Pembangkang...

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) nekad menjadi pembangkang yang berkualiti...

“Saya Sanggup Pegang Watak...

KUALA LUMPUR - Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain...

Kerajaan Perak Akan Beri Insentif Kepada Jun Hoong

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan memberi insentif kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat perak bersama-sama gandingannya Pandelela Rinong pada Sukan Olimpik Rio.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri sedang memikirkan jumlah insentif yang akan diberi memandangkan atlet itu telah mencipta sejarah menjadi anak Perak kedua meraih pingat di sukan Olimpik.

“Sebelum ini, Cheah Soon Kit (pemain beregu badminton) memenangi pingat perak dalam Olimpik Atlanta 1996, sekarang Jun Hoong meraih Perak, jadi sudah tentu kita berbangga.

“Jadi kerajaan negeri akan beri sesuatu kepada beliau selain insentif yang akan diberikan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN). Saya akan umumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Jun Hoong dan Pandelela memenangi pingat perak yang merupakan pingat pertama untuk Malaysia menerusi acara 10m platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio De Janeiro awal pagi tadi dengan mengumpul 344.34 mata.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata MSN akan mengkaji jumlah insentif yang akan diberi kepada Jun Hoong.


“Kebiasaannya MSN akan memberi insentif sebanyak RM15,000 kepada pemenang individu, manakala berpasukan seperti bola sepak atau hoki seorang akan diberi RM5,000,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrul Zaman berkata beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi berhubung kekecohan yang berlaku selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak Sabtu lalu.

“Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan polis dan tidak termakan dengan sebarang elemen provokasi oleh pihak ketiga yang jika dibiarkan hanya akan menimbulkan dendam,” katanya.

Mengenai perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor, malam ini, beliau yakin tuan rumah akan mengambil langkah sewajarnya dan berharap penyokong kedua-dua pasukan tidak melakukan sebarang provokasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori