Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Merompak Hanya Kerana...

SEORANG lelaki sanggup mencuri untuk memenuhi tuntutan bakal ibu mertuanya yang mahu dia menyediakan...

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet...

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa...

Wanita Diheret Keluar Kerana...

GARA-GARA menyelinap masuk ke sebuah pesawat, seorang wanita terpaksa diheret keluar selepas dia...

Pejabat Tun M Sahkan...

Jurucakap pejabat Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri itu kini dirawat di...

Kerajaan P.Pinang Digesa Pulihkan Bukit Botak

GEORGE TOWN – Gerakan hari ini menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP supaya menguatkuasakan Seksyen 27(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi menentukan tanah di Bukit Relau, juga dikenali sebagai Bukit Botak, dipulihkan sepenuhnya kepada keadaan asal.

Pemangku ketua pemuda Gerakan Jason Loo berkata kerja-kerja pembersihan kawasan yang eksesif di bukit itu pada pertengahan 2013 hingga hari ini menyebabkan kawasan itu hampir gondol, sedangkan kerajaan negeri gagal memenuhi janji dalam tiga tahun ini untuk menghijaukan semula kawasan itu.

Katanya, laporan berita pada November 2015, menyebut Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai berkata Bukit Botak akan dihijaukan menjelang akhir 2016.

Kerja pembersihan kawasan secara eksesif di Bukit Botak pada pertengahan 2013 mencetuskan protes dari pelbagai pihak yang mempersoal kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pelan Struktur Pulau Pinang 2020 yang diwartakan pada 28 Jun, 2007 melarang pembangunan di kawasan itu yang terletak melebihi 76.2 meter (250 kaki) dari aras laut dan lereng bukit dengan kecuraman melebihi 25 darjah. – BERNAMA

Kategori