Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaburan, Perdagangan Bebas Menjelang...

MANILA - Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengekalkan keutamaan paling...

Kolej Universiti Oxford Turunkan...

LONDON - Kolej Universiti Oxford, bekas pusat pengajian Aung San Suu Kyi berkata,...

Tak Perlu Tukar Kerajaan,...

KUANTAN - Tidak perlu menukar kerajaan, sebaliknya melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Polis Nafi Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlaku runtuhan sekali lagi di kawasan tanah runtuh...

Kerajaan Negeri Tak Hadkan Atau Kurangkan Tajaan Biasiswa

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa yang ditawarkan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di institusi dalam atau luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.

“Setakat ini, kita bersyukur kerana belum ada perancangan untuk mengehadkan, mengurangkan ataupun mengubah apa yang kita bentangkan dalam bajet dan ini termasuk perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) (untuk tajaan biasiswa),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan negeri merancang mengurangkan atau mengehadkan pengeluaran biasiswa bagi mengurangkan kos kerajaan negeri dalam menghadapi cabaran ekonomi sukar.


Tahun lepas, sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi 1,859 penuntut yang melanjutkan pengajian di dalam negara dan sebanyak RM978,000 untuk 52 penuntut yang belajar di luar negara.

Terdahulu, Mohamed Khaled menghadiri Mesyuarat Agung Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gudang 2 di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori