Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Memandu Sambil Main HP...

ADAKAH anda merupakan salah seorang di kalangan pemandu yang gemar melihat telefon bimbit...

Puteri UMNO Rai Anak...

PUTERI Umno Malaysia hari ini meraikan 100 anak-anak yatim dari tiga negeri iaitu...

Penggulungan Perbahasan Oleh Najib...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung...

Kakitangan Awam Mesti Sokong...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Kerajaan N.Sembilan Kaji Potensi Tanah Terbiar

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sedang membuat kajian bagi meningkatkan nilai dan potensi sebenar tanah-tanah terbiar di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ini bagi membolehkan pemilik tanah terbiar yang kebanyakannya penduduk kampung menambah pendapatan mereka.

“Sudah menjadi hasrat saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hendak mempertingkatkan pendapatan orang kampung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Bhd (KPPMNSB), di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi KPPMNSB Datuk Abdullah Abas.


Mohamad berkata penelitian awal beliau mendapati tanah yang diuruskan koperasi memberi pulangan lebih baik daripada yang diuruskan agensi kerajaan.

“Koperasi seperti KPPMNSB, Koperasi Astana Raja, Koperasi Kaum Ibu dan lain-lain lagi, nampaknya mereka menguruskan ladang dengan lebih cekap dan lebih memuaskan pulangannya jika dibandingkan dengan (diurus) agensi kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori