Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Doa Termakbul, Lelaki Ini...

SETELAH tujuh tahun menantikan zuriat, hajat seorang pengusaha restoran akhirnya termakbul apabila isterinya disahkan...

Najib Lakukan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan...

Penunjuk Perasaan Di Hong...

HONG KONG - Polis terpaksa menggunakan kekerasan dan penyembur lada ketika menghadapi penunjuk...

Manusia Tak Bertamadun! Kerat...

China – Pengemis di negara ini kini menggunakan taktik baru bagi mendapatkan simpati...

Kerajaan Negeri, Pemaju Tetapkan Harga Rumah Mampu Milik

IPOH – “Kerajaan negeri akan berbincang dengan pemaju perumahan untuk menentukan harga rumah mampu milik yang ditawarkan kepada rakyat,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perbincangan antara kedua-dua pihak itu juga turut merangkumi bagaimana rumah berkenaan dapat dibina dengan kos yang mampu dimiliki khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Harga rumah mampu milik ini berbeza, dahulu kita boleh dapat dengan nilai RM30,000 tetapi semakin lama ia semakin meningkat.

“Atas sebab itu kerajaan perlu mengkaji semula (harga) dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama melindungi pembeli rumah.

“Berikutan itu, perlu ada persefahaman dan kerjasama antara kerajaan dan pemaju. Kita mahu mereka memahami permintaan dan keperluan penduduk di Perak.

“Sebab itulah kita perlu mengenakan harga yang tepat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perumahan ‘Ipoh Premier City’ (IPC) di sini, Sabtu.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan rumah mampu milik di negeri ini bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat setiap tahun.

“Walaupun dalam manifesto kerajaan negeri sebelum ini menjanjikan 20,000 rumah menjelang 2018, ia tidak bermakna kerajaan negeri akan berhenti membina rumah mampu milik.

“Saya percaya permintaannya akan berterusan kerana jumlah penduduk yang meningkat dari semasa ke semasa. Keperluan rumah mampu milik di negeri ini akan sentiasa ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mahu menjadikan Meru Raya sebagai kawasan bandar yang mempunyai ciri-ciri moden dan terkini.


“Selain menjadikan Meru Raya sebagai pusat pentadbiran yang baharu bagi Perak, kita telah membuat perancangan dengan begitu rapi sekali termasuk menyediakan Meru sebagai pusat untuk konvensyen selain taman tema animasi.

“Dan saya percaya suatu hari nanti, seperti yang kita dapat saksikan pada hari ini, Meru akan terus berkembang,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri sedang dalam perancangan membangunkan sebuah kawasan tidak jauh dari sini, khusus untuk aktiviti sukan permotoran.

Beliau berkata kawasan baharu itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan juga litar berlumba.

Menurutnya, rancangan itu telah dirangka sejak tiga tahun lalu dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Kita harap dengan projek yang dilaksanakan melalui pelaburan ini, ia akan menjadikan Perak sebagai antara destinasi antarabangsa untuk sukan permotoran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori