Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Harap Acap Dijumpai...

IPOH - Biarpun esok genap sebulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang semasa menyertai...

Mohon Maaf Buat Kecoh...

SUSULAN isu tiga remaja lelaki yang didakwa membuat onar dengan menumbuk dinding homestay...

Dr. Vida Tidak Berniat...

KUALA LUMPUR - Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr....

Bekas Abang Ipar Dakwa...

BEKAS abang ipar penyanyi rock, Awie memberitahu kepada Mahkamah Syariah bahawa penyanyi itu...

Kerajaan Komited Sokong Industri Animasi Tempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada industri animasi tempatan kerana ia bidang yang begitu mendapat tempat di hati rakyat selain berupaya mengharumkan nama negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sokongan itu bukan sahaja dalam bentuk peruntukan, malahan penumpuan terhadap latihan untuk modal insan yang memerlukan kepakaran dan pengalaman dan aspek teknologi.

Tahun ini sahaja sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk membangunkan industri kreatif termasuk bidang animasi, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Upin dan Ipin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

“Animasi begitu mendapat tempat di hati rakyat  kerana orang ramai sentiasa menunggu sesuatu yang baharu untuk disaksikan.

“Dalam dunia akan datang, apabila televisyen mempunyai pelbagai saluran  dan saluran bertambah, ia memerlukan kandungan. Siapa yang dapat mengisi kandungan  itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan,” katanya.

Ahmad Shabery berkata industri animasi juga merupakan industri masa depan yang tidak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi, sekali gus mampu menjadi sokongan kepada industri lain.

Bagaimanapun, katanya, usaha membangunkan industri kreatif bukan sahaja perlu dimainkan kerajaan, tetapi juga swasta supaya ia terus setanding dengan animasi luar negara.


Mengenai animasi saudara kembar Upin dan Ipin, Ahmad Shabery berkata ia antara kreativiti rakyat tempatan yang menaikkan nama negara kerana dikenali sehingga ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Jepun dan Amerika Syarikat.

“Saya rasa berbangga dan terharu melihat sokongan rakyat terhadap satu hasil karya harta intelek yang dilahirkan anak tempatan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery melahirkan rasa terharunya melihat ibu bapa sanggup membawa anak-anak berjalan jauh akibat ketiadaan tempat letak kereta kerana terlalu ramai pengunjung, semata-mata untuk memberi sokongan kepada animasi Upin dan Ipin.

“Ramai terpaksa berjalan kaki … ternyata sambutan dan tarikan Upin, Ipin amat luar biasa sekali,” katanya.

Karnival tiga hari anjuran Les’Copaque Production dengan kerjasama Multimedia Development Corporation yang bermula semalam, menampilkan pelbagai program menarik.

Antara yang menjadi tarikan ialah persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, persembahan Upin & Ipin live 3D show, pameran teknologi baharu seperti persembahan tarian robot, selain penampilan istimewa Ultraman yang dibawa dari Jepun serta jualan produk animasi berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori