Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Lakukan Hubungan Seks...

GILA, seorang bapa kepada tiga anak telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan...

Mangsa Culik Temui Keluarga...

BUKAN semua mangsa culik berpeluang untuk bertemu semula dengan keluarga terutamanya selepas bertahun-tahun...

Kadar PSC Antarabangsa Klia2,...

PUTRAJAYA - Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan...

PM Umum Rombakan Kabinet...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kecil Kabinet...

Kerajaan Kenal Pasti Faktor Utama Data Peribadi Bocor

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti kecuaian pengguna data (syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi) dan sikap rakyat Malaysia yang gemar berkongsi data peribadi, sebagai dua faktor utama kebocoran data peribadi terutamanya melibatkan nombor telefon bimbit, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menurut kementerian itu, di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), setiap syarikat pengguna data wajib mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan.

“Kegagalan mematuhi prinsip-prinsip ini merupakan suatu kesalahan yang mana jika sabit kesalahan, pengguna data boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Selain itu, Seksyen 43 Akta 709 memperuntukkan mengenai hak subjek data (pelanggan) untuk menghalang pemprosesan data peribadi oleh pengguna data bagi maksud pemasaran langsung,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Rahemah Idris.

Kegagalan mematuhi peruntukan itu, kata kementerian berkenaan, akan menyebabkan pengguna data atau syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Rahemah dalam soalannya ingin mengetahui punca di sebalik isu rakyat yang menerima panggilan-panggilan daripada pihak tertentu yang boleh mengganggu privasi mereka.

Selain itu, beliau turut ingin mengetahui langkah-langkah di bawah akta sedia ada yang boleh diguna pakai sekiranya rakyat masih lagi diganggu pihak tidak bertanggung jawab ini. – BERNAMA

Kategori