Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inspektor Polis Didenda RM10,000...

JOHOR BAHARU - Seorang inspektor polis didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini...

795 Terima Darjah Kebesaran,...

KUALA LUMPUR - Seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan...

Kena Marah Di DAA3,...

BARU-BARU ini tular satu rakaman video memaparkan seorang penyanyi yang memarahi seorang peserta...

Puasa, Ibadat Ramadan Lebih...

KUALA LUMPUR - Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani...

Kerajaan Kedah Teliti Kes 28 Sekeluarga Miskin Tinggal Serumah

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan meneliti kes berkaitan 28 orang daripada sebuah keluarga tinggal yang di dalam sebuah rumah usang di Lorong Gedebang di sini sebelum menentukan jenis bantuan yang akan diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengenai kes itu.

“Kes ini telah banyak kali ditularkan di laman sosial. Saya dimaklumkan bahawa keluarga ini menerima bantuan zakat sebanyak RM600 sebulan, jadi kita tidak boleh buat keputusan sekarang kerana kena tengok semua aspek dahulu.

“Mengenai rumah baharu untuk keluarga ini, kita akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ismail Salleh. Mungkin kita akan beri rumah transit untuk mereka duduk sementara di Flat Seri Gemilang,” katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah tersebut bersama pihak LZNK dan JKM negeri.


Pada 25 Julai lalu, Bernama melaporkan seorang warga emas Ishak Darus, 75, tinggal bersama isterinya Jamaliah Rejab, 56, selain 10 anak, seorang menantu dan 15 cucu di rumah usang di Lorong Gedebang di sini kerana tidak mampu menyewa di tempat lain akibat kemiskinan.

Keluarga itu terpaksa duduk berhimpit-himpit di dalam rumah yang lantainya hanya beralaskan tikar getah selain dinding kayu sudah reput dimakan anai-anai dan sebahagian bumbung zinknya dari hadapan hingga ke belakang juga berkarat serta berlubang. – BERNAMA

Kategori