Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Rumah Terbuka Hari...

JOHOR BAHRU - Keluarga kerabat diraja Johor tidak akan meraikan sambutan Hari Raya...

Ceramah Syed Saddiq Di...

Ceramah anjuran Muda di Muar, Johor malam tadi dicemari dengan insiden gangguan oleh...

Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan...

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan...

Anak Ugut Mahu Rodok...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak yang mengugut untuk merodok perut ibunya dengan...

Kerajaan India Mahu Kurangkan Kemalangan

NEW DELHI – Kerajaan baharu India mula melaksanakan program untuk mengurangkan satu perlima angka kematian akibat kemalangan jalan raya di negara itu pada setiap tahun selama lima tahun.

Kira-kira 1.2 juta rakyat India maut dalam kemalangan kereta sejak lebih sedekad lalu atau purata seorang terbunuh setiap empat minit, manakala 5.5 juta lagi mengalami kecederaan serius.

Walaupun angka kematian akibat kemalangan jalan raya di negara-negara pasaran baharu telah berkurangan, India sebaliknya menunjukkan peningkatan mendadak sejak 10 tahun lalu.

Bagi mengurangkan kematian di jalan raya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi antara lain, merancang peningkatan drastik denda dan hukuman penjara melibatkan pemanduan berbahaya selain menggunakan teknologi ujian memandu automatik untuk membasmi rasuah.

Pemandu yang didapati memandu laju atau memandu ketika mabuk akan didenda sebanyak AS$800 (RM2,675) atau 10 kali ganda purata gaji bulanan pekerja negara itu selain risiko dipenjara.

Denda maksimum pada masa ini untuk kesalahan memandu laju ialah AS$16 (RM53.50) dan AS$50 (RM167.20) untuk perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol.


“Undang-undang jalan raya le­bih ketat ini tidak akan mengubah tabiat buruk pemandu dalam masa yang singkat. Kejayaannya banyak bergantung kepada usaha kerajaan untuk memastikan peraturan tersebut dikuatkuasakan,” kata seorang aktivis pemanduan berhemah, Piyush Tewari.

Menurutnya, antara tabiat buruk pemandu di negara itu termasuk mengekori kenderaan terlalu rapat dan mengundurkan kereta di lebuh raya sekiranya mereka terlepas memasuki simpang.

Selain sikap buruk pemandu, keadaan jalan raya yang berlubang dan sikap pejalan kaki yang melulu ketika melintas jalan turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya di India. – Reuters

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori