Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Elemen KDNKA ‘Senjata Utama’...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan segala elemen dalam Jabatan Keselamatan Dalam...

Jurutera Lemas Kenderaan Terbabas...

KUANTAN - Seorang jurutera mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya...

Cikgu ‘Pilates’ Cetus Fenomena...

ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini, wanita mahupun lelaki yang memiliki susuk tubuh atau...

Dicabar Jawab Isu Ada...

CABAR... Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad jawab dakwaan...

Kerajaan Bantu Bina Semula Tujuh Rumah Di Hutan Melintang

BAGAN DATOH – Kerajaan akan membantu membina semula tujuh buah rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang pada Khamis lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memberi bantuan tambahan kepada kerajaan negeri bagi memastikan kesemua rumah terbabit disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Kita akan bina tujuh daripada 10 buah rumah kerana hanya tujuh sahaja yang berpenghuni. Segala kos pembinaan akan ditanggung sepenuhnya dan kita berbuat demikian bukan membayar pampasan tapi atas simpati dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan rumah terbakar serta beramah mesra bersama mangsa-mangsa terlibat hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.

Dalam lawatan tersebut, Ahmad Zahid turut menyerahkan sumbangan peribadi berupa barangan keperluan dapur kepada semua wakil keluarga mangsa terlibat.


Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata kesemua rumah tersebut akan dibina semula di atas tapak asal namun pemilik perlu mengemukakan geran tanah masing-masing terlebih dahulu.

Katanya setakat ini kos pembinaan tujuh rumah terbabit masih dalam penilaian.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi Khamis itu memusnahkan 10 daripada 12 buah rumah, sekaligus meninggalkan mangsa sehelai sepinggang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori