Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Kedah Tahan 6...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan enam lelaki disyaki tonto...

JDT Rampas Kedudukan Selaku...

KOTA BHARU - Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan...

Lelaki Bongkar Kecurangan Awek...

Gara-gara bengang melihat perilaku seorang wanita di sebuah perlawanan bola sepak, seorang peminat...

Tak Tahulah Kepala Siapa...

MENTERI Kesihatan, Dzulkefly Ahmad terbuka kepada idea mewujudkan hospital baru di Semenyih, tetapi ia...

Keracunan Alkohol, Jabatan Kastam Periksa 149 Premis

SANDAKAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 149 premis yang menjual minuman keras susulan kes kematian akibat keracunan minuman alkohol.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata pemeriksaan itu melibatkan premis di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dilaksanakan sehingga semalam.

Katanya rampasan hanya membabitkan 20 botol minuman alkohol jenama Volcano di sebuah premis yang diperiksa.

Dalam pemeriksaan itu tiada rampasan membabitkan jenama minuman alkohol yang disyaki menyebabkan kematian 36 mangsa, katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Pacak di sini, hari ini.

Menurutnya pemeriksaan oleh jabatan itu lebih menumpukan kepada usaha mengesan barang yang tidak lulus kastam termasuk rokok.

Katanya bagi kes keracunan minuman alkohol itu, pihak JKDM membantu untuk memastikan tidak ada premis yang menjual jenama minuman keras yang memberi kemudaratan kepada pengguna.

Zulkifli berkata dalam pemeriksaan itu juga empat premis turut dikesan menjual minuman keras dan rokok tiada kelulusan kastam dan kes akan dibawa ke mahkamah.


Dalam pada itu, menerusi Ops Pacak yang dilancarkan di daerah ini, beliau juga mengarahkan anggotanya untuk memeriksa jika ada premis yang menjadi sasaran dalam operasi itu menjual jenama minuman alkohol yang disenarai Kementerian Kesihatan mengandungi racun methanol.

Katanya biarpun kes itu tidak berlaku di negeri ini tetapi ia turut diberi perhatian oleh jabatan itu dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan.

Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga jenama minuman beralkohol yang disyaki mengandungi racun methanol ialah Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan bir berjenama King Fisher. – BERNAMA

Kategori