Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Qatar Sertai Pakatan Antarabangsa...

BRUSSELS - Qatar menyertai mesyuarat pakatan antarabangsa memerangi Daesh yang berlangsung di ibu...

Dituduh Kasar Anak, Syatilla...

KATA orang, lain ibu bapa, lain juga cara didikan terhadap anak-anak. Tiada ibu...

Kes Mara Inc: 3...

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar...

Permohonan Untuk Reman Boy...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk...

Kerajaan Susun Semula Kawasan Penempatan Nelayan

ALOR SETAR – Wujud keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan nelayan secara lebih teratur dan sistematik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan golongan itu terpelihara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kini kebanyakan kawasan petempatan nelayan didirikan secara padat, rapat, dengan jalan raya yang sempit serta keadaan rumah yang sangat uzur dan daif.

“Oleh itu satu pendekatan holistik perlu dibuat agar kita dapat mengatasi masalah ini. Bagi saya kerajaan mampu melakuannya. Kalau kita boleh bina projek berbilion, jadi untuk golongan nelayan ini, saya rasa mungkin kita kena turut bagi perhatian dan peruntukan membangunkan perumahan mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan hari ini.

Selain itu, beliau menyeru golongan nelayan untuk berani melakukan transformasi ke arah mewujudkan industri perikanan moden dan tidak hanya bergantung harap dengan sumber pendapatan melalui hasil tangkapan sahaja.

Ini kerana kata Tajuddin, sektor perikanan di luar negara cukup maju dengan penggunaan bot yang canggih serta pelantar jeti yang moden dan berteknologi tinggi dengan setiap nelayan melakukan aktiviti tambah nilai kepada hasil tangkapan sehingga boleh memberi kekayaan kepada mereka.

Beliau mahu nelayan berani meneroka industri hiliran yang berkaitan, misalnya pemasaran, pembekalan peralatan bot, pembaikkan bot, pengangkutan dan keusahawanan.


“Tambah nilai produk supaya ianya akan memberikan kekayaan baharu kepada masyarakat nelayan untuk mendapatkan pendapatan lebih lumayan,” katanya.

Beliau berkata melalui pewujudan agropelancongan misalnya, para pelancong boleh dibawa menaiki bot untuk melihat cara nelayan menangkap ikan selain aktiviti seperti mencandat sotong yang menjanjikan pengalaman menarik kepada orang luar.

“Para nelayan boleh menyediakan perkhidmatan seperti ini. Manfaatkan apa yang dekat dengan diri kita dan saya pasti kita boleh bangunkan sektor perikanan di negara kita,” katanya.

Pada majlis itu, Tajuddin mengumumkan peruntukan RM1.35 juta bagi pembinaan jeti nelayan di Kampung Hulu, pembinaan titi pejalan kaki di perkampungan nelayan Kuala Tengah dan projek penambahbaikan Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC). – BERNAMA

Kategori