Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Honor 7 Akan Hadir...

HONOR Malaysia baru-baru ini mengemaskini laman sosial mereka, dan memperlihatkan telefon pintar terbaru...

Awasi Kehadiran Binatang Berbisa...

TUMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihatkan orang ramai supaya...

Kursus Diploma Pemimpin JKKK,...

ALOR SETAR - Pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP)...

PA Firma Guaman Dapat...

TUAH berpihak kepada seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman, Siti Nuraishah apabila...

Keputusan Stadium Berkecuali Diumum Esok

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya akan membuat keputusan mengenai perpindahan perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia ke gelanggang berkecuali, esok.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul berkata, keputusan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC, selepas menerima permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya tidak bermain di Pyongyang atas faktor keselamatan.

“Jawatankuasa berkenaan akan membuat keputusan esok dan kita akan mengumumkannya hari esok juga. Itu sahaja yang saya boleh cakap sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang, 28 Mac ini.

Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia bermain di negara itu atas faktor keselamatan.

Pada Selasa lalu, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.


Permohonan gelanggang berkecuali bukan perkara baharu dalam arena bola sepak kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab tertentu sebelum ini.

Perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan pada 14 Nov ini juga mungkin dipindah ke gelanggang berkecuali.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan terbaru daripada AFC.

Hamidin pada Selasa lepas berkata AFC dijangka mengumumkan keputusan mengenai permohonan itu pada hari ini, selepas menghantar permohonan menukar venue pada Isnin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AFC

Kategori