Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Biadap! Pekerja Guna...

VIDEO ini memaparkan perbuatan jijik seorang pekerja kedai makanan segera yang bertindak mengelap...

Hanya Seorang Murid Tahun...

ALOR GAJAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jerneh, Brisu, di sini, mencatatkan bilangan...

Prinsip Maqasid Syariah Panduan...

SEPANG - Prinsip Maqasid Syariah menjadi panduan  dalam menggerakkan usaha kerajaan melawan COVID-19 walaupun...

Donald Trump Tetap Pertahan...

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menulis menerusi akaun...

Keputusan SPM Ulangan 2018 Pada Khamis

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2018 akan dikeluarkan pada Khamis (13 Sept).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata seramai 11,057 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

KPM berkata calon akan menerima keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkannya dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan yang akan diaktifkan bermula 10 pagi 13 Sept dan tamat pada 6 petang, 19 Sept.

Sebanyak tiga mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan tersebut iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. – BERNAMA

Kategori