Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelakon Nadiya Nisaa Hamil...

JIKA semalam penyanyi Misha Omar mendedahkan dia kini hamil anak sulung, pelakon Nadiya...

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Syamsul Yusof Menang Pengarah...

PENGARAH filem pecah panggung Munafik, Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai...

Gerakan Yakin Rampas Semula...

ALOR SETAR - Walaupun parti Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang...

Keputusan Mendakwa Seseorang Tidak Dilakukan Sesuka Hati

PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan “sesuka hati” tetapi berlandaskan undang-undang.

Katanya kuasa pendakwaan dijalankan secara berkira dengan mengambil kira laporan polis yang dibuat dan budi bicara yang meletakkan hak pada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan pendakwaan dibuat secara bersama. Saya tidak ambil keputusan sendiri. Saya tidak boleh tuduh orang sesuka hati. Sama ada orang suka atau tidak ia bukan isu. Tetapi ia berlandaskan undang-undang,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara di sini.

Bercakap kepada Bernama selepas perhimpunan bulanan itu, Abdul Gani berkata beliau bersedia untuk disoal siasat sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi dan bukti bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika benar-benar saya ada salah guna kuasa, boleh laporkan. Saya tiada masalah,” kata Abdul Gani.


Dalam laporan media sebelum ini, Abdul Gani dikritik kerana didakwa diskriminasi, silap dan gagal dalam perjalanan budi bicara pendakwaan serta berlaku pertambahan dalam pertuduhan membabitkan Akta Hasutan 1948.

Bagi mengekalkan Jabatan Peguam Negara sebagai jabatan yang telus, Abdul Gani berkata tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawainya yang didapati terlibat dalam sebarang kesalahan undang-undang dan menimbulkan isu yang negatif.

“Kita tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan. Apabila sesuatu isu timbul, kita akan keluarkan dulu pegawai itu dari tempatnya berkhidmat. Bersalah atau tidak itu perkara kedua, kita tidak tunggu keadaan jadi bertambah buruk. Dalam tempoh dua bulan sahaja kita akan ambil tindakan buang kerja atau tahan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bentuk tindakan yang akan diambil bagi mencerminkan ketegasan jabatan terbabit terhadap kakitangannya.

Pada 2009, seorang Timbalan Pendakwa Raya Md Azar Irwan Mohd Arifin didakwa atas kesalahan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori