Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bogel Di Usia 45,...

SUPERMODEL antarabangsa, Naomi Campbell telah menampilkan susuk tubuhnya yang menawan dan satu penggambaran...

KPN Sah 19 Pengganas...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 suspek pengganas berjaya ditahan di empat buah negeri...

Najib Mahu Rakyat Malaysia...

SEOUL - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia mencontohi...

Najib Di Mahkamah Untuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Keperluan Alat Ganti Punca Curi Kenderaan Di Kelantan

KOTA BAHARU – Keperluan terhadap alat ganti kenderaan jenis lama dikenal pasti sebagai faktor peningkatan sehingga 50 peratus kes kecurian kereta di Kelantan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kes samun kenderaan meningkat kepada 234 kes dalam tempoh itu tahun ini berbanding 156 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 78 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas parogram Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada analisis dan pemerhatian yang dilakukan, kebanyakan kenderaan yang menjadi sasaran utama adalah seperti Proton Wira, Saga dan Waja.

“Kebanyakan penduduk di negeri ini ramai yang menggunakan ketiga-tiga jenis kereta terbabit dan keperluan kepada alat gantinya juga tinggi.

“Kebanyakan alat ganti kenderaan itu sukar didapati pada masa sekarang dan harga yang mahal di pasaran menjadi antara faktor kecurian kenderaan jenis itu,” katanya.


Beliau berkata daripada laporan yang diterima, kawasan utama yang menjadi sasaran aktiviti jenayah itu banyak berlaku di sekitar Kota Baharu.

“(Berikutan itu) pada tahun ini kita akan memberi tumpuan operasi di sekitar Kota Baharu bagi membendung aktiviti jenayah ini serta beberapa kawasan sasaran lain,” katanya.

Bagaimanapun katanya kes kecurian motosikal menurun sebanyak 3.9 peratus kepada 580 kes dalam tempoh tersebut tahun ini berbanding 604 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Sehubungan itu, katanya orang ramai dinasihat untuk menutup peluang aktiviti jenayah itu dari terus meningkat melalui langkah pencegahan.

“Pemilik kenderaan dinasihatkan tidak meletakkan kereta di tempat yang sunyi atau gelap, matikan enjin ketika meninggalkan kereta dan pastikan kenderaan berkunci selain mengelak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori