Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Menyamar Polis...

IPOH - Polis menahan dua lelaki di Kampung Raja, Cameron Highlands, malam tadi...

Paras Air Empangan Di...

SEREMBAN - Paras air Empangan Gemencheh kini berada pada tahap kritikal apabila turun...

DUN Melaka Lulus Usul...

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik...

Jamal Sah Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Kepercayaan Rakyat Terhadap Duterte Menurun: Tinjauan

MANILA – Kepercayaan awam terhadap Presiden Filipina Rodrigo Duterte menurun ke paras paling rendah dalam tempoh kepimpinannya, keputusan tinjauan menunjukkan hari ini, walaupun beliau masih mengekalkan satu kedudukan ‘amat baik.’

Faktor kepercayaan digunakan oleh peninjau bebas, Social Weather Stations (SWS) untuk mengira pendapat umum personaliti seorang presiden.

Ia jatuh lapan mata dalam suku kedua kepada +57 daripada +65 dalam satu tinjauan terdahulu. Markah itu adalah paling rendah dalam sembilan tinjauan dibuat sejak Duterte mengambil alih jawatan pada Jun 2016.

Untuk mencapai setiap kedudukan, tinjauan itu menolak peratusan yang memberi maklum balas ‘kepercayaan rendah’ terhadap Duterte daripada mereka yang memberi ‘banyak kepercayaan’ kepadanya.

SWS meninjau 1,200 orang akhir Jun lalu, pada minggu Duterte menggelar Tuhan ‘bodoh’ ketika kelancangannya terhadap Gereja Katolik selepas paderi atasan mengkritik kempen anti-dadah berdarah yang mengorbankan ribuan penduduk.

Duterte sekali lagi mengecam gereja dalam sidang media semalam, menggelar paderi kumpulan ‘institusi paling hipokrit di Filipina pada hari ini’ susulan kes penderaan kanak-kanak di negara itu dan tempat lain.


Ketua Institut Pembaharuan Politik dan Pilihan Raya di sini, Ramon Casiple berkata, adalah biasa jika kedudukan presiden jatuh pada tahun kedua dalam penggal pemerintahan.

Duterte tidak mengulas keputusan tinjauan semalam namun jurucakapnya, Harry Roque dalam satu kenyataan berkata: “Kami kini bekerja dua kali ganda untuk membantu keluarga yang terjejas akibat kenaikan harga barang sambil memastikan ekonomi stabil.” – Reuters/BH ONLINE

Kategori