Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nahas Pesawat China Eastern:...

BEIJING : Pihak berkuasa China mengesahkan terdapat kematian dalam nahas pesawat terhempas membabitkan...

Pemandu Wanita Mati Ditembak...

GEORGE TOWN - Seorang wanita maut ditembak pemyerang bermotosikal dalam kejadian pembunuhan nekad...

Kejam! Mulut Kucing Hancur...

Pencinta kucing pasti mengalirkan air mata dan tidak sanggup menatap lama gambar di...

Elaun SL1M RM2,000 Berkuat...

KUALA LUMPUR - Elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000...

Kepala Bersepai Hentam Treler Di Kedah

Pendang – Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori