Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Daim Tidak Tepat,...

JOHOR BAHRU - Kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin...

CAP Gesa JAS Siasat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS)...

Kini Maszlee Kata SMPC...

SELEPAS dikritik, akhirnya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berjanji sedia peruntukan kepada sekolah...

Warga Paris Guna Twitter...

RENTETAN insiden letupan besar dan tembakan pengganas yang berlaku di Paris, warga ibu...

Kenyataan Umum Saksi Kes Kim Chol Jejas Prosiding

KUALA LUMPUR – Sebarang kenyataan umum berhubung kes pembunuhan Kim Chol daripada mereka yang berpotensi menjadi saksi kes itu, bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh menjejaskan prosiding kes berkenaan.

Peguam dan penganalisis undang-undang berpendapat media juga seharusnya tidak mendorong saksi kes itu untuk membuat sebarang kenyataan kerana mereka adalah golongan yang harus dilindungi sehingga kes mahkamah selesai.

Kim Chol mati pada 13 Februari lepas selepas dua wanita menyapu mukanya dengan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) semasa menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau.

Pada 1 Mac lepas, dua tertuduh, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, atas pertuduhan membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, kira-kira 9 pagi, 13 Februari lepas.

Dalam prosiding itu, Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret membenarkan permohonan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, yang memohon perintah melarang polis dan saksi berpotensi yang lain daripada membuat kenyataan akhbar yang boleh menjejaskan anak guamnya daripada mendapat perbicaraan yang adil.

Ditanya mengenai perkara ini, peguam, Mohd Faizi Che Abu berkata pihak polis atau individu yang membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan prosiding yang menyentuh fakta secara langsung terhadap kes, pihak berkenaan dianggap melanggari perintah mahkamah.

Beliau berkata pihak tersebut akan dikenakan surat tunjuk sebab oleh mahkamah sekiranya pihak peguam atau pendakwa raya membuat permohonan kepada mahkamah.

Jelasnya mahkamah akan memberikan peluang untuk pihak berkenaan menjelaskan kenyataannya sebelum memutuskan sama ada satu perintah penghinaan mahkamah iaitu melanggar perintah tutup mulut patut dikeluarkan atau tidak.


“Sekiranya beliau boleh menjelaskan dan meyakinkan mahkamah bahawa kenyataan beliau adalah tidak terjumlah kepada pendedahan maklumat berkaitan dengan fakta kejadian, beliau akan dilepaskan.

“Sebaliknya, jika mahkamah berpuas hati kenyataan beliau adalah terjumlah kepada fakta-fakta sulit seperti pendedahan nama saksi dan sebagainya, kemungkinan besar perintah menghina mahkamah boleh dikenakan dengan hukuman denda atau penjara,” katanya kepada Bernama.

Mohd Faizi berkata kenyataan saksi atau polis di luar mahkamah tidak akan diambil kira sebagai keterangan kes, ini kerana ia tidak dibuat secara bersumpah di hadapan mahkamah (majistret atau hakim).

Sementara itu Pakar Undang-Undang, Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Pusat Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia berkata arahan yang telah ditetapkan mahkamah itu perlu dipatuhi supaya ia tidak merumitkan situasi.

“Kes ini merupakan kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian dunia.

“Kes ini juga agak sulit melibatkan sensitiviti banyak pihak dan seharusnya larangan mahkamah itu dipatuhi oleh semua pihak,” katanya. – BERNAMA

Kategori