Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

30 Terperangkap Akibat Tanah...

MANILA – Pasukan penyelamat Filipina berusaha mengeluarkan sekurang-kurangnya 30 orang yang tertimbus di...

Nicol Gembira Aksi Melawan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gembira dengan aksi yang...

APMM Tahan Kapal Kargo...

TAWAU – Sebuah kapal kargo yang cuba menyeludup 20 tan kelapa sawit dari...

Arul Kanda Dibenar Ikat...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB),...

Kenyataan Pengerusi ASEAN Akan Garis 8 Keutamaan – Anifah

PUTRAJAYA – Kenyataan Pengerusi ASEAN Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 akan menggariskan lapan perkara yang menjadi keutamaan pertubuhan 10 anggota itu, termasuk penubuhan Komuniti ASEAN secara rasmi menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata turut diberi keutamaan ialah menetapkan Wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015, membawa ASEAN lebih rapat kepada rakyat dan memperkasa serta memajukan usahawan kecil dan sederhana (SME) di rantau yang didiami kira-kira 633 juta penduduk itu.

Dalam wawancara melalui e-mel dengan Bernama, Anifah menjelaskan bahawa kenyataan itu juga akan menyentuh tentang usaha meluaskan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota ASEAN, memperkukuh institusi ASEAN, memperjuangkan keamanan dan keselamatan serantau serta mengukuhkan peranan ASEAN sebagai penggiat global.

“Kenyataan Pengerusi adalah perkara lazim dalam Sidang Kemuncak ASEAN,” katanya bagi menjawab soalan Bernama sama ada satu deklarasi akan dikeluarkan pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.

Anifah berkata, Malaysia juga mencadangkan agar para pemimpin ASEAN menerima pakai Deklarasi ASEAN yang Berpaksikan Rakyat mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.


Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan para pemimpin ASEAN pada sidang kemuncak berkenaan, kata Anifah.

Bertemakan ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita, wawasan Malaysia sepanjang menjadi pengerusi ASEAN mulai 1 Jan tahun ini ialah untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat melalui penyertaan semua lapisan masyarakat dalam kegiatan pertubuhan itu.

Sejajar dengan tema itu, sidang kemuncak ini akan turut diadakan di Langkawi bagi mendekatkan lagi ASEAN kepada rakyat.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, ASEAN kemudian turut dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori