Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Donald Trump ‘Ugut’ Sekutu...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu negara-negara Eropah mengambil kembali...

Najib Kongsi Detik Akhir...

HARI ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuat naik...

SPM 2018 Bermula 13...

PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula daripada 13...

Liow Harap Kerjasama Berterusan...

KUALA LUMPUR - Pihak-pihak berkepentingan dalam industri penerbangan disaran terus bekerjasama dalam mengekalkan...

Kenduri Gajah Jadi Tumpuan

TEMERLOH – Lukimala dan Eli antara dua gajah yang menarik perhatian pengunjung sempena sambutan Hari Gajah Sedunia 2018 di Pusat Konservasi Gajah Kebang­saan Kuala Gandah, Lanchang semalam.

Lukimala, gajah paling tua dari India berusia 81 tahun manakala Eli adalah anak gajah berusia dua tahun antara 21 gajah yang dijamu pada program Kenduri Gajah di pusat latihan haiwan itu.

Lukimala adalah penghuni pertama di pusat itu yang dibuka pada 1989 dan Eli baru sahaja ditempatkan di pusat tersebut pada Mac lalu selepas ditemui cedera di Jeli, Kelantan.

Akibatnya, anak gajah itu kudung kaki depan di bahagian kanan.

Antara makanan yang dijamu ialah rumput, tembikai dan dua tan tebu sumbangan pihak swasta.

Simbolik perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Kassim.

Kira-kira 2,000 pengun­jung termasuk daripada luar negara membanjiri pusat berkenaan sempena sam­butan itu yang berlang­sung setiap tahun.


Pengunjung tidak lepaskan peluang melihat acara kenduri gajah di pusat terbabit semalam.

Selain pameran, ceramah, tayangan video, pertan­dingan mewarna, kuiz turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutannya.


Sementara itu, pengunjung turut teruja beri­kutan berpeluang melihat haiwan tersebut.

Bagi juruteknik, Norashikin Muhamad, 30, teruja kerana dapat melihat sendiri haiwan terbabit buat julung kalinya.

Norashikin yang datang bersama beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai sambutan itu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tak sangka dapat tengok sendiri gajah sebanyak ini dan bukan senang nak lihat haiwan ini secara dekat,” katanya.

Reaksi sama oleh Hairi Yusof, 45 yang datang dari Putrajaya bersama keluarganya kerana tidak mahu melepaskan peluang tersebut menyaksikan haiwan tersebut.

Menurutnya rugi jika tidak datang ke program itu selain menimbulkan kesedaran terhadap dirinya berikutan ancaman yang dihadapi haiwan itu. – Sinar Harian Online

Kategori