Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Bas Penumpang Terjun...

Penduduk yang tinggal berhampiran Kg Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah gempar petang semalam...

PAS Kecam DAP Perjuang...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Pameran Firaun Ramses II,...

KUCHING - Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan...

Lelaki Maut Dimasak Bersama-Sama...

SAN FRANCISCO – Sebuah syarikat pengeluar tuna dalam tin, Bumble Bee Foods bersetuju...

Kenaikan Tarif Air Melaka Tidak Kena Pada Masanya

MELAKA – Rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang jurutera, Mohd Fadzli Mohd Fadzal, 34, berkata, kenaikan tersebut hanya akan menambahkan lagi beban berikutan rakyat sedang dihimpit pelbagai kenaikan kos sara hidup termasuk barang keperluan dan makanan.

Beliau berkata langkah itu juga memperlihat betapa tahap pengurusan bekalan air oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) masih kurang cekap dan amalan tadbir urusnya pula kurang memuaskan menyebabkan syarikat itu ‘memindahkan’ beban kenaikan kos pengurusan untuk ditanggung oleh rakyat.

“Masih terdapat banyak lagi aduan rakyat yang kurang mendapat respons (maklum balas) daripada SAMB sekali gus mengakibatkan tahap keyakinan pengguna agak goyah dan pastinya mereka enggan membayar lebih.

“Sepatutnya SAMB dan pihak terlibat mencari jalan untuk menguruskan kenaikan kos itu supaya rakyat yang kini dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup tidak menanggung kenaikan kos pengurusan air tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori