Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert...

BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil...

Operasi myBAS Kuala Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi...

Najib Lancar Ekspresi Rakyat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di...

Kenaikan Harga Ayam Segar Di Pasar Besar PD Dikesan

PORT DICKSON – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan kenaikan harga ayam segar di Pasar Besar Port Dickson, dalam pemeriksaan harga barang yang dijalankan hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Zubir Hamsa berkata harga ayam segar pada hari ini mencecah RM8.30 sekilo berbanding RM7.50 dua minggu lepas.

“Dua minggu lepas harga ayam RM7.50 dan naik sedikit demi sedikit dari hari ke hari hingga mencecah RM8.30. Justeru, seramai enam peniaga akan diberikan notis untuk mendapatkan maklum balas mereka berhubung kenaikan harga ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan pemeriksaan di pasar itu yang memfokuskan aspek alat penimbang, penandaan harga dan harga barang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zubir berkata maklum balas daripada peniaga itu kelak akan menentukan kenaikan harga barang berkenaan disebabkan apa dan dalam masa sama, pihaknya akan menyemak harga dengan pemborong serta peladang.


Setakat ini, belum ada aduan kenaikan harga barang secara rasmi kecuali kes tular dalam media sosial justeru, beliau menyeru orang ramai agar membuat aduan pada saluran betul.

Dalam operasi itu juga, dua peniaga diberi amaran bertulis kerana gagal mempamerkan tanda harga dengan jelas serta satu kes menerusi Akta Timbang dan Sukat kerana menggunakan alat penimbang yang tidak ditentusahkan dan kita rampas alat penimbangnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ayam

Kategori