Kemudahan Di R&R Rawang Ditutup Untuk Kerja Naik Taraf

KUALA LUMPUR – Kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah ke utara akan ditutup dari 27 Julai hingga 19 Jun tahun depan bagi dinaik taraf.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata yang terlibat ialah medan selera, gerai makanan dan minuman, surau, tandas awam serta kawasan meletak kenderaan ringan.

“Kerja naik taraf adalah bagi memberi keselesaan kepada orang ramai,” kata PLUS dalam satu kenyataan.

Ia berkata kemudahan lain seperti stesen minyak, motel dan outlet Sate Kajang masih dibuka dan beroperasi seperti biasa.

PLUS boleh dihubungi di talian 1800-88-0000. – BERNAMA

Loading...