Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PTPTN Sasar 80% Daripada...

KOTA BHARU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 80 peratus daripada...

Pembangkang Kucalana, Tak Bantu...

PEKAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, pihak pembangkang...

Perisytiharan Muflis ADUN Lenggeng...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan penangguhan Ahli Dewan Undangan Negeri...

MARA Digital Mall Diperluas...

KUALA LUMPUR - Pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall yang...

Kempen “Pandu Cermat, Sampai Selamat” JPJ WPKL

KUALA LUMPUR – Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena perayaan Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini akan memfokus aspek pemanduan selamat oleh pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) Ismail Mohd Zawawi berkata kempen bertema “Pandu Cermat, Sampai Selamat” diadakan selama dua minggu bermula esok.

“Tahun ini, kempen ini memfokuskan kepada aspek pemanduan selamat oleh pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut yang melibatkan golongan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen itu di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, di sini, hari ini.

Kempen itu adalah aktiviti tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JPJ WPKL.

Beliau berkata tahun lepas tujuh kematian dicatatkan semasa Ops Raya Aidilfitri 2017 di Kuala Lumpur melibatkan tiga penunggang dan pembonceng motosikal, seorang pemandu kereta dan tiga pejalan kaki.


Ismail turut berkongsi statistik Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang mendapati jumlah kemalangan jalan raya pada 2017 meningkat kepada 533,875 kes berbanding 521,466 pada 2016. – BERNAMA

Kategori