Kempen 11 Hari Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Mencukupi

KUALA LUMPUR – Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan pada 7 Mei ini adalah mencukupi untuk parti-parti politik, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi Barisan Nasional (BN), ia harus menggunakan tempoh tersebut dengan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi.

Ahmad Zahid, yang juga memangku Timbalan Presiden UMNO, berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 7 Mei dengan hari penamaan calon pada 25 April ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Seminar Sasaran Penting peringkat Kebangsaan 2016, di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...