Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Empat Sekeluarga Cedera Diserang

KUANTAN - “Saya memberanikan diri menyelamatkan suami, ibu mertua dan seorang anak saudara...

Jepun Mula Cemas, Ikan...

MEDIA sosial Jepun cemas susulan penemuan beberapa ekor ikan laut dalam yang secara...

Sembilan Maut Kebakaran Kilang...

PINGTUNG : Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran...

Pelajar UTeM Lafaz Syahadah...

MELAKA - Dewan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) diselubungi syahdu apabila seorang remaja melafazkan...

Kementerian Pertahanan Berusaha Perkuat Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan berusaha memperkukuh pertahanan negara dengan aset canggih termasuk membincangkan mengenai perolehan pesawat terbang tanpa pemandu (UAV) dan ‘maritime surveillance aircraft’ (MSA) dalam mengawal keselamatan negara.

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu berkata aset pertahanan Malaysia pada masa ini agak terkebelakang berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia.

Pada era 70-an, katanya, Malaysia antara negara di kedudukan teratas​​​​​​.

“Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia kembali hebat (dari segi pertahanan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) mengenai masalah perolehan aset ketenteraan berikutan peruntukan terhad Kementerian Pertahanan.

Mohamad berkata kekangan kewangan termasuk melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat memberi kesan dalam soal penyelenggaraan aset seperti pesawat pejuang.


“Saya tidak mahu salahkan kerajaan dahulu kerana ia tidak boleh menyelesaikan masalah. Kita akan fikir bagaimana nak memperkuatkan pertahanan ini, kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan kembali lagi dalam masa terdekat ini.

“Ini tanggungjawab kami (Pakatan Harapan), kami akan berbincang dengan segala kepakaran dalam TUDM, tentera darat, Panglima Angkatan Tentera dan bahagian perolehan. Kementerian sentiasa memberi perhatian serius terhadap keperluan meningkatkan keupayaan pertahanan udara,” katanya.

Mohamad juga berkata pihaknya akan membuat perancangan perbelanjaan secara berhemah dengan melaksanakan keutamaan perbelanjaan selaras dengan peruntukan yang diterima. – BERNAMA

Kategori