Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerusi Maut: 31 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan 31 individu berhubung kejadian seorang remaja...

Dasar Hati Kering.. Janin...

Allahuakbar.. tak habis-habis lagi kisah buang bayi di negara tercinta kita ini.Apa yang...

Orang Ramai Perlu Waspada...

ALOR SETAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat...

Model & Pengacara TV...

CHINA - Seorang model dari Colombia yang merupakan pengacara sebuah program di televisyen...

Kementerian Pendidikan Tegur Sekolah Buang Bendera

LANGKAWI – Kementerian Pendidikan telah memberi teguran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa, Alor Setar mengenai insiden pembuangan Jalur Gemilang di sekolah itu yang telah tersebar di media sosial.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kepimpinan sekolah termasuk pengetua dan guru besar perlu bijak dalam tindak-tanduk pengurusan sekolah masing-masing dan tidak mengambil mudah isu sensitif yang sering dimanipulasi dalam media sosial.

“Kita telah memberi teguran bukan sahaja kepada pihak sekolah itu, tetapi mana-mana pihak tentang perkara yang berkaitan dengan bendera yang merupakan lambang negara kita, tidak boleh dipermainkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia ke-20 di sini.

Mahdzir berkata penjelasan awal pihak sekolah berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menyatakan bahawa pembuangan bendera itu merupakan kesilapan pekerja swasta yang dilantik Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk membersihkan stor mereka.


Pekerja-pekerja swasta itu mendapati bendera-bendera sumbangan PIBG untuk sambutan Hari Kemerdekaan lepas telah rosak dan terkoyak dan bertindak membuangnya tanpa merujuk kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Mahdzir berkata ada prosedur tertentu yang perlu diikuti sebelum melupuskan bendera yang telah rosak, namun kementeriannya akan menunggu laporan penuh berhubung kejadian berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita tidak boleh ambil mudah hanya kerana ia barang lama yang sudah rosak, dibuang begitu sahaja, pemimpin sekolah seperti guru besar atau pengetua kena peka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori