Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

China Sah Demam Babi...

BEIJING - China telah mengesahkan satu penularan baharu wabak demam babi Afrika di...

Keputusan Undi Belah Bahagian...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Jerebu Mula Menipis Di...

JAKARTA - Setelah hampir empat bulan dilanda jerebu, keadaan kini semakin pulih dengan...

Padah Tipu Wang Insurans,...

KUANTAN - Seorang pengurus perniagaan Takaful Malaysia Kuantan dikenakan hukuman penjara empat tahun...

Kementerian Pendidikan Tak Pernah Pinggirkan B.Inggeris

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak pernah sama sekali mengabaikan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar dan guru, sebaliknya sentiasa berusaha untuk memperkasakan penggunaan bahasa itu.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata usaha kementerian jelas dilihat melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang antaranya bertujuan memantapkan kualiti serta mutu penggunaan BI.

“Bukan kementerian sahaja, tapi Perdana Menteri juga dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Bajet 2016, dengan begitu spesifik telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat bagaimana hendak menambah baik mutu penguasaan BI.

“Kementerian juga dalam proses untuk menghantar guru-guru untuk mendapatkan latihan secara spesifik dalam penggunaan BI,” katanya menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Kulasegaran ingin tahu apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah guru yang mengajar BI tetapi tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa itu, selain
mendakwa akibat ‘menganaktirikan’ bahasa itu, penguasaan BI dalam kalangan murid dan guru lemah.

Kamalanathan berkata selain itu, lebih kurang 20,000 guru telah menjalani kursus penggunaan BI, yang kini dalam tahap B1 dan B2 Cambridge Proficiency Test dan akan selesai akhir tahun hadapan.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]yI-QrNBSxkM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori