Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Elly Mazlein Dapat...

KEMERIAHAN Aidilfitri lebih dirasai kanak-kanak dan duit raya antara perkara yang membuatkan mereka...

Lelaki Warga Bangladesh Maut,...

LUMUT - Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif...

Kebakaran Di Tawau…Ada Yang...

KEJADIAN kebakaran yang memusnahkan kira-kira 100 kediaman di di Kampung Tanjung Batu Laut...

UMNO Kini Lebih Mantap...

UMNO yang kini diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk...

Kementerian Pendidikan Kaji Kaedah Bantu Pelajar Miskin Bandar

JEMPOL – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar miskin bandar dalam usaha meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata usaha berkenaan penting memandangkan isu miskin bandar mempunyai kaitan dengan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah yang didapati kian merosot.

“Kalau di sekolah harian biasa mencatatkan kedatangan pelajar 98 atau 99 peratus, tetapi sekolah yang terdapat keluarga miskin bandar ini mencatatkan kedatangan pelajar sekitar 87 atau 88 peratus.

“Satu sebabnya…kerana sebahagian pelajar ini didapati terpaksa bekerja bagi membantu keluarga. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menyasar untuk membantu keluarga yang miskin bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan pakaian sekolah, anugerah pelajar cemerlang dan sumbangan kepada golongan asnaf di Maktab Rendah Sains MARA MRSM) Serting di sini, hari ini.

Majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Jempol, Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol (YPKJ) serta anak syarikat Risda, Espek Sdn Bhd itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jempol yang juga Pengerusi YPKJ Senator Datuk Mohd Salim Mohd Shafit, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamshulkahar Mohd Deli serta Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab. Jalil.

Mahdzir berkata setakat ini pelajar miskin bandar tertumpu di Kuala Lumpur.

Katanya pelbagai bantuan telah diberikan kepada pelajar miskin bandar termasuk melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan kementeriannya sedang mengkaji bantuan tambahan untuk pelajar miskin bandar.


“Untuk itu, kita akan menjalinkan kerjasama melalui strategi lautan biru dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Mengenai kos sara hidup, beliau berkata antara bantuan yang diberi kepada para pelajar dalam mengatasi kos sara hidup ialah melalui KWAMP.

“Bantuan RM300 seorang ini diberikan kepada pelajar miskin yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah dan dimaklumkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah. Bantuan ini diberikan sebelum sekolah dibuka. Ini adalah program berterusan setiap tahun.

Selain itu, katanya, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu sarapan pagi turut diberikan secara percuma kepada murid sekolah yang kurang berkemampuan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gZ5MIg_wuks[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori