Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Simpanan Tak Cukup Bayar...

Syarikat penerbangan Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. (Eaglexpress) menjelaskan bahawa isu 'sebahagian bayaran...

40% Kerja Sivil ECRL...

KUALA LUMPUR - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction Company...

RM567 Juta Subsidi 58,118...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) telah menanggung subsidi haji berjumlah RM576.38...

Abu Talib Nafi Guna...

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir...

Kementerian Pendidikan Digesa Periksa Pendawaian

PETALING JAYA – Presiden Yayasan Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran menggesa Kementerian Pendidikan supaya mengarahkan agensi berkaitan mengadakan pemeriksaan menyeluruh ke atas pendawaian elektrik terutamanya di sekolah Tamil.

Thanenthiran, yang juga Presiden Parti Makkal Sakti, berkata keselamatan semua pelajar harus menjadi keutamaan dan insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, pada Khamis lepas, tidak sepatutnya berulang.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan buku motivasi dan basikal kepada 60 pelajar dari 11 buah sekolah Tamil bersempena sambutan Hari Kebangsaan, di sini hari ini.

Sekolah terlibat ialah SJK (T) Batu Caves; SJK (T) Vivekananda; SJK (T) Seaport; SJK (T) Thamboosamy Pillai; SJK (T) Effingham; SJK (T) RRI, Sungai Buloh; SJK (T) Ladang Kinrara; SJK (T) Kajang; SJK (T) Saraswathy; SJK (T) Sentul; dan SJK (T) Simpang Lima.

Thanenthiran berkata penyerahan basikal itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan mesra alam di kalangan pelajar sekolah.


“Selain itu, pelajar akan turut didedahkan kepada makna sebenar dan kepentingan hari kemerdekaan negara kita,” katanya, dan menambah, 60 pelajar itu dipilih oleh guru besar sekolah masing-masing dan datang daripada keluarga miskin. – BERNAMA

Kategori