Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Video: Ibu Bapa Bercerai,...

ALAHAI... baru sahaja berusia 6 tahun tapi dan pandai serta petah berkata-kata, lebih-lebih...

Firdaus Wong Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengambil tindakan saman fitnah...

7 Lelaki Disabit Salah...

LONDON - Siasatan menyeluruh ke atas eksploitasi seksual membabitkan kanak-kanak di sebuah pekan...

Warga Asing Banjiri Ibu...

KUALA LUMPUR - Sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang membanjiri ibu kota untuk...

Kementerian Pelajaran Pantau Persediaan Duduki Semula UPSR

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan sedang memantau persediaan untuk mengadakan semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 30 Sept ini.

Timbalan Menteri Pendidkan 11, P. Kamalanathan berkata kementerian akan memastikan kebocoran soalan tidak berulang apabila peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu diadakan semula.

“Jawatankusa khas yang ditubuhkan (seperti pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan melihat bagaimana untuk memperketat sistem agar tidak berlaku kelonggaran dan kebocoran soalan di masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi peraduan menulis esei Sunway-Oxbridge di sini hari ini.

Semasa berucap, beliau berkata kefasihan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Malaysia adalah penting untuk nenambah keyakinan mereka dan bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan.

Peraduan seumpama itu diadakan sebagai persediaan pelajar menduduki peperiksaan am menjelang hujung tahun, katanya.


Yesyannah A/P Jeeva Kumar, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan menang bagi Kategori A sementara Leong Whye Ye, 17, dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang bagi Kategori B.

Kedua-duanya menerima RM5,000, sumbangan RM20,000 dari Sunway, trofi serta sijil.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman Hashim, Presiden Oxford & Cambridge Society Malaysia, Mark Disney. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori