Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK Seri Setia: Parti...

SHAH ALAM - Parti pembangkang – PAS, UMNO, MCA dan MIC – buat...

Baru 6 Bulan Bersalin,...

BULAN Ramadhan yang barakah ini nyata memberi berita gembira buat pelakon muslimah kelahiran...

Australia Tempatkan Semula Pelarian...

SYDNEY - Australia akan menghantar pelarian yang tiba dengan bot ke negara berkenaan...

Gambar: Berkhemah Tahap Ekstrem,...

BERANIKAH anda sekiranya ditawarkan untuk berkhemah di paras ketinggian yang sangat menakutkan serta...

Kementerian Jelaskan Sebab Penutupan KR1M

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengesahkan satu daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Bandaraya Miri ditutup kerana faktor ekonomi.

Ketua cawangan KPDNKK Miri Joe Azmi Jamil berkata KR1M di Tudan ditutup kerana pengusahanya mengalami kerugian dalam persaingan dengan pasar raya dan pusat beli-belah hyper di bandar raya ini.

“Sekarang, hanya sebuah KR1M, di Pujut, Bandaraya Miri masih beroperasi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Joe Azmi, bagaimanapun mengaku satu-satunya pengusaha KR1M di Bandaraya Miri sedang menghadapi masalah serupa, tetapi keadaannya masih terkawal.

Beliau menjangka keadaan pulih seperti sediakala apabila pengusaha baharu mengambil alih operasi kedai berkenaan.
​​​​​​​
​​​​​​​Operasi KR1M di Sarawak dilanda kontroversi pada April tahun lepas apabila ada pihak mendakwa berlaku penyelewengan dalam penjualan barangan di kedai berkenaan hingga mengakibatkan terjadi kekurangan bekalan.

Dakwaan itu mendorong Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong melawat KR1M Miri dan susulan itu, beliau menafikan wujud unsur penyelewengan kerana bekalan di kedai itu adalah mencukupi.


Pada Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan kerajaan akan melancarkan KR1M 2.0 tidak lama lagi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat apabila pengusaha baharu mengambil alih KR1M.

KR1M adalah hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2011 yang bertujuan meringankan beban sara hidup rakyat, di samping membantu usahawan kecil dan sederhana tempatan. – BERNAMA

Kategori