Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malas Beratur? McDonald’s Sedia...

BERATUR panjang untuk memesan makanan mampu memberi tekanan kepada diri terutama ketika perut...

Guru Terlibat Kes Pukul...

SUNGAI PETANI - Guru sambilan yang didakwa memukul seorang pelajar tingkatan satu di...

Perkarangan Stadium Shah Alam...

SHAH ALAM - Perkarangan Stadium Shah Alam yang kebiasaannya lengang bertukar seolah-seolah menjadi...

94 Kes Baharu Covid-19,...

SEHINGGA 12 tengah hari ini, 94 kes baharu jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan...

Kematian Meningkat 5,200, Mangsa Gempa Tunjuk Perasaan

KATHMANDU – Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di
Nepal meningkat ke 5,020 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja
menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.

Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Balbhadra Giri, jumlah itu adalah
bagi mayat yang dikeluarkan setakat Rabu petang sementara bilangan yang cedera
mencecah 7,624.

Ketika kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat, mangsa-mangsa menuduh
kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.

Mereka menunjuk perasaan pada Rabu di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan
dalam operasi menyelamat dan melakukan pemulihan.

Mereka mendakwa Perdana Menteri Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas
prestasi yang lembab.

Mangsa-mangsa melaungkan slogan anti-kerajaan dan menuntut tindakan pantas
dalam operasi menyelamat dan pemulihan bila Koirala yang diiringi Panglima
Tentera Darat Jeneral Gaurav Sumsher Rana pada Rabu melawat dan meninjau mercu
tanda dan bangunan warisan yang dilanda gempa.

“Undur perdana menteri yang tidak cekap”; “Kosongkan kerusi perdana
menteri”; “Beri kami bekalan pemulihan segera”, laung sekumpulan kurang daripada
1,000 penduduk yang berhimpun di Istana Basantapur, istana tua Nepal.


Koirala datang ke Istana Basantapur, kawasan yang diisytihar Unesco sebagai
warisan arkeologi dan budaya.

“Rumah-rumah kami telah musnah dan kami tinggal di khemah, dan tidak
mendapat sebotol air pun dalam empat hari ini sejak gempa,” kata Paramananda
Shrestha, seorang aktivis sosial.

Mangsa-mangsa di beberapa bahagian lain Kathmandu turut mengadakan perarakan
menuntut diberi bekalan pemulihan segera lagi berkesan.

Bagaimanapun, kerajaan menafikan ia bersikap sambil lewa dalam operasi
pemulihan dan menegaskan ia telah melakukan segala daya untuk menyalurkan
bekalan pemulihan semaksimum mungkin kepada mangsa dan mereka yang memerlukan.

“Kami telah menggerakkan segala jentera kerajaan dan telah bekerjasama
dengan organisasi kebangsaan dan antarabangsa serta masyarakat penyumbang,” kata
Dr Minendra Rijal, Menteri Penerangan dan Komunikasi, yang juga jurucakap
kerajaan.– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NEPAL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori