Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

70 Lokasi Sering Dilanda...

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti lebih 70 kawasan di...

Akademik British Dijel Seumur...

AKADEMIK British, Matthew Hedges, 31 tahun, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Emiriyah...

Tuduh Jadi ‘Pak Turut’...

Menerusi laman mikro Twitter rasminya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar...

Gagal Hapus Tol, Mungkir...

BONGKAR... Pengakuan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol sebagai sesuatu...

Kemas Ambil Alih Tabika, Taska Majlis Islam Sarawak

KUCHING – Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini menyerahkan pengurusan tiga taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan 12 taman asuhan kanak-kanak (taska) masjid kelolaannya kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam usaha memantapkan pendidikan prasekolah di masjid.

Penyerahan itu dilakukan menerusi memorandum perjanjian yang dimeterai oleh Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha dan Ketua Pengarah Kemas Datuk Amiruddin Ariffin, disaksikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Nanta berkata penyerahan hari ini merupakan sebahagian daripada 32 tabika dan taska MIS yang dirancang diserahkan kepada Kemas secara berperingkat.

Pengambilalihan ini turut menyaksikan semua guru dan pembantu di tabika serta taska berkenaan diserap oleh Kemas dengan segala kos operasi termasuk gaji ditanggung oleh Kemas, katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata pengambilalihan itu hanya melibatkan operasi dan pengurusan manakala aset tabika dan taska terbabit kekal menjadi milik MIS.

Nanta berkata susulan pengambilalihan itu, tabika dan taska terbabit akan dikenali sebagai Tabika Kemas Masjid dan Taska Permata Kemas Masjid. – BERNAMA

Kategori