Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stephen Hawking, Populariti Merentasi...

SAINTIS terkemuka dunia, Stephen Hawking meninggal dunia pada awal pagi Rabu di kediamannya...

Penduduk Perlis Sedia Hadapi...

KUALA PERLIS - Penghuni di lebih 4,000 rumah di muara sungai dan sepanjang...

TPPA: Malaysia Ambil Pendekatan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status Perjanjian...

3 Rentung Dalam Nahas...

TRIANG - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta maut selepas terbabit kemalangan dengan...

Kemarau Teruk Landa Australia

MURRURUNDI, Australia – Kemarau teruk yang melanda kawasan padang ragut Australia mengakibatkan banyak haiwan ternakan mati, manakala golongan petani mengalami tekanan kewangan serta emosi.

Walaupun negara itu kerap berdepan kemarau dan penduduknya pula cekal, musim kemarau yang melanda kawasan luas di timur Australia kali ini adalah terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun.

Sedikit hujan turun awal minggu ini tetapi gagal mengubah keadaan kering sepanjang tahun yang menukar kawasan padang rumput menjadi kontang dan memusnahkan tanah pertanian.

Tanpa padang ragut, penternak dan petani terpaksa mengimport bijirin dari bahagian lain di negara itu untuk memastikan biri-biri dan lembu mereka dapat terus hidup, kos tambahan berjumlah beribu-ribu dolar seminggu.

Keadaan yang semakin buruk juga memaksa sesetengah petani menembak haiwan ternakan mereka.

“Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu haiwan ternakan menderita. Mereka juga tidak mampu lagi memberikan makanan kepada haiwan ternakan itu,” kata pengasas bersama sebuah yayasan kemarau, Tash Johnston.


Golongan petani terpaksa mencatu air untuk keluarga dan haiwan ternakan mereka kerana banyak empangan telah sama ada kering atau hampir kering.

Ramai antara mereka turut berdepan prospek terpaksa berpindah walaupun sudah mendiami kawasan berkenaan selama beberapa generasi.

Senario itu berlaku di serata New South Wales di mana sektor pertanian menyumbang AS$11 bilion (RM44.82 bilion) kepada negeri berkenaan setiap tahun dan menggaji lebih 77,000 pekerja.

Kelmarin, pihak berkuasa mengisytiharkan seluruh negeri itu dilanda kemarau, manakala situasi serupa berlaku di negeri Queensland. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori