Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Ternak Kucing...

PADAH... Seorang wanita Singapura berusia 69 tahun didenda S$5,000 (RM15,152) kerana bela kucing...

Bayi Setahun Melecur Teruk,...

CHINA – Malang menimpa seorang bayi berusia setahun, Longlong selepas dia terjatuh ke dalam...

Aliff Aziz Bukan Kena...

Tak sudah-sudah mencipta kontroversi, penyanyi sensasi dari negara Singapura, Aliff Aziz kini terjebak...

Muka Jadi ‘Hancur’ Kerana...

GARA-GARA mahu cantik, dua wanita terpaksa hidup dengan muka yang pelik selama 10...

Kemalangan: Pemandu Treler Direman Empat Hari

KUANTAN – Seorang pemandu treler berumur 31 tahun direman empat hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kematian tiga mangsa dalam kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Batu 7, Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Zundin Mahmood semasa dihubungi di sini hari ini, berkata perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Temerloh, Norita Md Noh.

Beliau berkata suspek ditahan pada 1.40 tengah hari semalam, semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira empat jam selepas melarikan diri dari lokasi kemalangan.

Suspek yang memandu treler membawa muatan kertas itu dikatakan telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Exora dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Kejadian pada 9.14 pagi itu menyebabkan dua beradik Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan Khasrul Ikhwan, 18, yang menaiki Exora bersama enam lagi anggota keluarga mereka untuk memancing di Empangan Klau, Raub maut di tempat kejadian.


Kemalangan juga menyebabkan pemandu Hilux, Chua Juh Shyong, 37, seorang pemilik syarikat teknologi maklumat (IT) yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, maut.

Zundin menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori