Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: TNB Putuskan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memutuskan bekalan elektrik dengan segera...

Tiga Beradik Mati Lemas...

Kegembiraan empat beradik berkelah bersama saudara mereka sempena cuti Aidilfitri bertukar tragedi apabila...

KDN Ambil alih Bentang...

ARAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk...

Beri Maklum Balas Mengenai...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Massa (MRT) digalakkan memberi maklum balas mengenai...

Kemalangan Basikal: 2 Mangsa Masih Dirawat Di HSA

JOHOR BAHRU – Dua remaja, yang cedera dalam kemalangan berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pengarah HSA Dr Aman Rabu berkata seorang daripada mangsa, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), telah dipindahkan ke wad biasa.

“Muhd Nazri Mahmudi, 13, yang sebelum ini dirawat di ICU telah pun kita tempatkan di wad biasa manakala Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, masih lagi menerima rawatan di ICU.

“Mereka masih memerlukan pemerhatian rapi…sama-sama kita doakan agar keadaan mereka berdua cepat sembuh seperti sediakala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Enam mangsa lain yang turut menerima rawatan kerana kecederaan ringan di HSA telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 18 Feb lepas, lapan remaja berbasikal maut manakala dua kritikal dan enam yang lain cedera apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam kejadian kira-kira 3 pagi. – BERNAMA

Kategori