Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Raja Taikun’ Israel Kini...

BAITULMAQDIS - Beliau pernah digelar oleh media Israel sebagai 'raja taikun', lapor agensi...

Najib Hadiri Upacara Angkat...

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kalangan...

Bot Tunda Karam Di...

PASUKAN penyelamat berjaya mengapungkan bot tunda yang karam di Sungai Yangtze, kira-kira 40 jam...

Cederakan Pelajar Junior, 9...

Teluk Intan : Sembilan pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di...

Kelucahan Melampau, Remaja Diarah Berkelakuan Baik

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bercagaran RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di Kuala Nerus, April lalu.

Tertuduh yang berusia 15 tahun turut diarah menghadiri bengkel interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan terhadap seorang wanita berusia 34 tahun di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, jam 5.53 petang, 18 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang bertugas di kaunter pembayaran pasar raya itu didatangi tertuduh yang bertindak menunjukkan kemaluannya dengan sengaja.

Mangsa yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut. – BH Online

Kategori