Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pentadbiran AS Kembali Pulih...

WASHINGTON DC - Agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih selepas lumpuh tiga...

Mahdzir Yakin Rosmah Terlibat...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi...

Mahu Cepat Kaya, Lelaki...

KUCHING: Seorang lelaki kerugian RM807, 623 selepas menjadi mangsa penipuan nombor ramalan dalam...

Jumlah Jemaah Haji Terengganu...

KUALA NERUS - Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun...

Keluarga Pendaki Malaysia Ke Tehran Malam Ini

KUALA LUMPUR – Anggota keluarga pendaki Malaysia, Ramli Abdul Majid yang jasadnya ditemui di Gunung Damavand, utara Iran, dijangka berangkat ke Tehran, Iran malam ini bagi menguruskan proses membawa jenazah pulang ke tanah air.

Isteri Ramli, Roslida Ablah, 42, berkata beliau bersama abang iparnya Abdul Razak Abdul Majid, 59, akan ke negara itu untuk mengiringi kepulangan jenazah Ramli termasuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya diperlukan.

“Jenazah kini ditempatkan di hospital di bandar Amol dan akan dipindahkan ke Tehran. Saya tidak pasti bila jenazah boleh dibawa pulang, difahamkan sama ada pada Jumaat atau Sabtu bergantung kepada kelulusan kerajaan Iran,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Puchong, dekat sini, hari ini.

Selain Roslida dan Abdul Razak, tiga lagi individu yang akan turut berangkat ke Tehran ialah pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok dan dua wakil daripada Proton Holdings Bhd.

Katanya, beliau sangat bersyukur apabila hajat serta doanya selama ini dimakbulkan apabila jenazah Ramli ditemui.

“Tanda tanya mengenai suami dah terjawab, sangat lega…saya nak tengok muka arwah sendiri, macam mana rupanya pun tidak apa. Saya dimaklumkan arwah ditemui dalam keadaan beku,” katanya mengenai Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang.

Beliau yang bertugas di Proton Holdings Bhd berkata anak tunggalnya Muhammad Fauzi,17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada minggu depan dilihat tenang dengan situasi ini.

Menceritakan mengenai peribadi Ramli, beliau berkata Allahyarham merupakan individu yang menitikberatkan agama, pemurah dan disayangi orang sekelilingnya.

“Arwah ibarat tunjang keluarga, jika dia ada mesti adik beradik akan berkumpul malah arwah seorang yang ringan tulang rajin membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.


“Perubahan yang saya dapat lihat terhadap arwah sebelum ke Gunung Damavand ialah Allhayarham kerap berzikir di dalam kereta dan dua tiga minggu sudah saya ada mimpikan arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Roslida mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama Kedutaan Malaysia dan sahabat-sahabat Allahyarham yang bertungkus lumus terlibat dalam operasi mencari Ramli sebelum ini.

“Saya harap urusan membawa pulang jenazah suami akan berjalan dengan lancar dan akan dipermudahkan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong,” katanya.

Semalam, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran pada petang Jumaat lepas ialah Ramli.

Pada 20 Nov tahun lepas, Ramli yang merupakan ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki KJA, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 Nov 2016, Syed Redzuan ditemukan meninggal dunia di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori