Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor `Main Wayang’...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan menggesa kerajaan Selangor tidak bermain wayang dalam isu...

Singapura Warta 4 Asrama...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai...

Terbuka Malaysia: Cabaran Liew...

KUCHING - Perjuangan pemain perseorangan negara, Liew Daren dalam saingan badminton Kejohanan Terbuka...

Liga Super: Perlawanan Kelantan-JDT...

KOTA BHARU - Perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul...

Keluarga Lega Nelayan Bakal Dibebaskan

SUNGAI BESAR – “Saya rasa lega akhirnya selepas dua tahun ditahan di Indonesia, saya akan dapat berjumpa dengan abang sepupu saya. Selepas ini, tidak perlulah saya menghubunginya menerusi telefon setiap bulan untuk mengetahui khabarnya.”

Demikian luahan Chia Jui Leng, 46, mengenai abang sepupunya, Chia Kee Chan, 50, seorang nelayan, yang bakal dibebaskan dalam masa terdekat selepas ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu.

Jui Leng berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Kee Chan secara peribadi adalah pada April 2016 ketika beliau terbang sendiri ke Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia untuk menemui abang sepupunya itu.

“Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara memberitahu saya bahawa ada beberapa botnya hilang ketika pihak berkuasa Indonesia menahannya pada Mac 2015 dan mahu ia diserahkan semula kepadanya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sebuah restoran di Sekinchan, di sini hari ini.

Jui Leng, yang juga seorang nelayan berpangkalan di Sekinchan selama hampir 40 tahun berkata, pembebasan abang sepupunya itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarganya yang bergantung kepada hasil pendapatan Kee Chan sebagai nelayan.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebab memperjuangkan pembebasan abang sepupu saya,” katanya.


Kee Chan adalah antara enam nelayan warganegara Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu dan dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengumumkan perkara itu semalam berkata, persetujuan untuk membebaskan nelayan kedua-dua negara itu dicapai Najib dan Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia pada November lepas.

Harapan Jui Leng supaya abang sepupunya dapat pulang secepat mungkin ke tanah air bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarga Februari ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi sebab banyak memperjuangkan pembebasan abang sepupu saya,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori