Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

SPM Tiada Manfaat, Suhaimi...

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tiba-tiba melonjak selepas mendedahkan anak-anaknya...

Pesawat TUDM Dipintas Jet...

PUTRAJAYA - Sebuah pesawat pengangkutan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya dipintas...

Banjir Teruk Landa Sao...

SAO PAULO - Hujan tidak henti-henti menyebabkan banjir dan kesesakan lalu lintas di...

Baby Hatch Hanya Pilihan...

PETALING JAYA - Peti pelindung bayi atau 'baby hatch' adalah pilihan terakhir kepada...

Keluarga Cari Gadis Hilang Berusia 16 Tahun

 

LABIS – Keluarga seorang gadis berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri orientasi sekolah minggu lalu, memohon bantuan orang ramai untuk mencari pelajar tersebut.

Bapa saudara pelajar itu, Md Khirmi Mohd Sharif, 43, berkata Nur Aleeyana Azizi yang dikenali sebagai Alia, didakwa hilang di sekolah pada 29 Disember tahun lalu.

“Dia sepatutnya mendaftar diri untuk persekolahan tahun baharu dan menghadiri sesi orientasi.

“Pagi itu Alia berjalan ke rumah seorang rakan yang berdekatan di Kampung Tenang di sini sebelum abang rakannya itu menghantar mereka ke sekolah kira-kira pukul 6:45 pagi.

“Rakannya menyedari dia hilang ketika guru memanggil nama Alia pada sesi pengasingan pelajar ke kelas baharu mereka,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Jelas Md Khirmi, pihak keluarga telah cuba mencarinya, namun gagal untuk mendapatkan maklumat di mana dia berada.

“Alia sengaja meninggalkan telefon bimbitnya di rumah saya pada malam sebelum dia hilang dan sejak itu dia tidak menghubungi keluarganya,” katanya.

Bagaimanapun Md Khirmi memberitahu, seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ibu kepada rakan Alia di Gelang Patah, Johor Baru, mendakwa bahawa gadis itu berada di rumahnya pada 29 Disember sehingga 2 Januari lalu.


“Wanita itu telah menghubungi telefon Alia pada 3 Januari mencarinya dan apabila saya bertanyakan mengenai Alia, dia memberitahu bahawa Alia telah bertemu anak perempuannya pada hari dia hilang dan tinggal bersama mereka sehingga 2 Januari.

“Dia ingatkan Alia telah pulang dan cuba menelefon bagi memastikannya,” kata Md Khirmi sambil menambah bahawa Alia tidak pernah keluar sendirian sebelum ini.

Md Khirmi berkata, ibu Alia yang mengalami masalah kemurungan ringan sebelum ini dilihat tidak sihat kerana terlalu bimbangkan anak perempuannya, dan berharap dia akan kembali dengan selamat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong menggesa orang ramai untuk terus membantu mencari Alia.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya supaya menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unis mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menyiasat perkara tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori