Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat...

KUALA LUMPUR - Jumlah transaksi JomPAY, penyedia perkhidmatan pembayaran bil, meningkat sebanyak 340...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Kendali Rumah Urut Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga lelaki didenda RM1,600 atau tiga bulan penjara oleh...

Siti Dapat Menantu, Izara...

PETALING JAYA - Pelakon kecil comel, Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak...

Keluar Kenyataan Menghina, Menteri Jepun Letak Jawatan

TOKYO – Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembinaan semula Jepun selepas bencana, Masahiro Imamura meletak jawatan pada Rabu, selepas mengeluarkan kenyataan “nasib baik” gempa bumi dan tsunami pada Mac 2001 melanda timur laut Jepun dan bukannya Tokyo, lapor agensi berita China Xinhua.

“Saya telah menimbulkan masalah dan menyakiti hati rakyat di timur laut Jepun,” kata Imamura pada sesi taklimat media di pejabat Perdana Menteri selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menerima surat peletakan jawatan serta-merta Imamura pada Rabu dan melantik ahli parlimen dari Parti Liberal Demokratik (LDP) Masayoshi Yoshino sebagai pengganti.

Yoshino anggota Dewan Rakyat dari wilayah Fukushima dan sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Menteri Kanan Alam Sekitar.

Kenyataan Imamura mengundang kemarahan dengan menyatakan mangsa bertanggungjawab terhadap keputusan mereka sendiri kerana berpindah dari Fukushima berikutan kebimbangan terhadap bencana nuklear di wilayah itu pada 2011.


Menurut pemimpin parti pembangkang utama Parti Demokratik menegaskan peletakan jawatan Imamura tidak cukup dan berpendapat Perdana Menteri Abe juga perlu bertanggungjawab.

Sementara itu, Abe mengakui pentadbirannya kini terdapat kelemahan susulan beberapa siri kenyataan tidak sesuai dikeluarkan beberapa menteri kabinet dan timbalan menteri parlimen yang dilantik oleh beliau.

“Kita mesti mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Kategori