Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Video: “Jangan Solat Macam...

TIDAK dapat dinafikan, perubahan penyanyi Fynn Jamal dari dahulu sehingga kini memang banyak. Imej baharu...

Prasaran Logistik, Pengangkutan Diperkemaskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan untuk memastikan limpahan...

Azmin Mahu ‘Satu Lawan...

SABAK BERNAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap parti...

Boeing 737 Max Buat...

KUALA LUMPUR - Boeing 737 MAX 8 melakar kejayaan penting selepas menyelesaikan ujian...

Keluar Kata Kesat, Lucah: Pengurus Projek Didenda RM3,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus projek di sebuah syarikat didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap seorang pengurus hotel, semalam.

R. Parameswaran, 26, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan Harcharanjit Singh Ranjit Singh, 52, di Hotel Signature, Jalan Thambipilay, Brickfields di sini pada 7 pagi, 3 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Noraisyah Mohd Yusof turut memerintahkan Parameswaran dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, mangsa menerima maklumat daripada pekerja hotel bahawa berlaku pergaduhan di sebuah bilik hotel dan apabila mangsa ke bilik itu tertuduh marah dan menghalau mangsa sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadapnya.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung ibu dan adiknya yang masih belajar.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya memberi pengajaran kepada tertuduh untuk tidak mengulangi kesalahan sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori