Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup...

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 kilogram...

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang...

KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menawarkan sebuah kerajaan penyayang, yang...

Amah Didera, Tangan Dipotong...

SEORANG pembantu rumah warga India telah mengalami mimpi paling ngeri dalam seumur hidupnya...

Video: Biadap… Remaja Tumbuk...

KOTA BELUD - Gagal mengawal kemarahan, seorang remaja bertindak biadap menumbuk seorang anggota...

Keluar Daripada Zon Selesa Jika Mahu Menang PRU14

HULU TERENGGANU – Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang sehingga lupa amanah kepada parti.

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin yang dipilih oleh anggota peringkat akar umbi perlu sedar tanggungjawab besar mereka adalah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Kita perlu melakukan muhasabah, apa yang telah silap kita lakukan. Allah mahu menguji kita akibat kita berada dalam zon terlalu selesa.

“Kita lupa janji-janji ketika sebelum jadi wakil rakyat, sebelum menjadi ketua bahagian, sebelum menjadi menteri, tidak peduli pada orang yang pernah tolong kita, baliklah ke pangkal jalan,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Hulu Terengganu di dewan Akademi Binaan Malaysia sini hari ini. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori